Thursday 3 May 2012

Video Pengajaran dan Pembelajaran




Wednesday 2 May 2012

Antara gambar tentang peristiwa di luar sekolah yang boleh dijadikan latihan.













Ini ialah contoh-contoh latihan peristiwa di sekolah






Tuesday 1 May 2012

Rancangan Pengajaran & Pembelajaran

Rancangan Pengajaran Makro

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
Mencungkil
Idea
(3 minit)

Hari Unit Unifom dan nyanyian Lagu Pengakap Muda

1. Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar hari unit unifom dan menyanyi lagu Pengakap Muda..

2.Cungkil  idea murid

tentang lagu-lagu lain unit unifom.

3. Cungkil idea murid tentang pengalaman meeka menyanyikan lagu-lau unit unifom masing-masing

Memberi respon terhadap pertanyaan guru.

Teknik:

Konstruktivism

-Penyoalan seluruh kelas menggunakan lagu.


Sumber Pengajaran:
-Slaid lagu Pengakap Muda
(Lampiran 1)
Langkah 1
(7 minit )
Aktiviti kumpulan


Menyusun puzzle

Mencantum puzzle menjadi gambar aktiviti perkhemahan


1.Menyuruh murid duduk dalam kumpulan (4 kumpulan)

2. Guru mengedarkan bahan-bahan puzzle, kertas lukisan, gam sampul surat berisis puzzle.

3. Guru memberikan peneranagan dan arahan.


1. Murid bergerak dalam kumpulan masing-masing.


2.Murid menerima bahan – bahan guru.

 

3. Murid melakukan aktiviti cantum puzzle.

.


Strategi/Teknik- Aktiviti berkmumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:-Melibatkan diri dalam  aktiviti kerja berkumpulan

- Bekerjasama


Sumber Pengajaran:
-Kertas lukisan, gam, sampul surat berisi puzzle

Langkah 2
( 7 minit )

Applikasi idea

Frasa ayat aktiviti dan ayat majmuk

1. Guru meminta ketua kumpulan secara bergilir-gilir   menunjukkan kepada rakan dan guru menunjukkan gambar sebenar pada slaid.

2. Guru  meminta murid membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung    bagi setiap gambar

 

1. Semua ketua kumpulan menayangkan gambar dan menyatakan aktiviti bagi gambar mereka.

 

2. Murid membina ayat majmuk bagi gambar-gambar pada slaid.

Lisan

Menyebut frasa ayat dan membina ayat majmuk

 

Sumber Pengajaran:

Bahan Slaid  gambar aktiviti perkhemahan

(Lampiran 2)

 

 


Langkah 3
 (2 minit)

 

-Menyenaraikan kata hubung

 

-Gambar slaid aktiviti perkhemahan

 

 

1.Guru meminta murid menyenaraikan kata hubung yang telah dipelajari.

2.Guru menayangkan slaid contoh kata  hubung yang disebut oleh murid.

 

3.Guru menunjukkan slaid gambar perkhemahan perkhemahan pengakap dan bersoal jawab tentang 1 aktiviti dalam gambar.

 

 

1. Murid menyenaraikan kata hubung.

 

 

2.Murid menyatakan frasa kerja bagi aktiviti dan membina contoh ayat majmuk dari 1 gambar

Strategi :

Penyoalan seluruh kelas

 

 





Sumber pengajaran: 

- Slaid kata hubung Lampiran 3

-Slaid gambar tunggal perkhemahan

(Lampiran 3)


Langkah 4
(8 minit)
 Latihan pengukuhan / pemulihan


Lembaran kerja
1.Guru mengedarkan lembaran kerja:
Gambar perkhemahan- untuk semua murid
Lembaran jadual ayat untuk kumpulan 2

-Kumpulan 1 membina ayat di dalam buku penulisan A
-Kumpulan 2 melengkapkan setiap bahagian tempat kosong dalam jadual.

2. Guru meminta murid membuat latihan .

3. Guru menyuruh murid yang sudah ada idea untuk membina ayat-ayat dalam gambar membacakan ayat mereka.

4. Guru menyemak latihan murid.

Debriefing

Murid yang  telah beransur maju diminta membaca ayat mereka,. Murid

lain isi jawapan dalam kotak jadual




1. Murid membuat latihan bertulis.



















2. Murid membacakan ayat majmuk bagi setiap gambar.



3. Murid menyudahkan latihan.


Aktiviti pemulihan

Kumpulan 2 membina ayat majmuk menggunakan teknik jadual.

Lisan dan bertulis


Sumber
pengajaran
Lembaran kerja.

1 keping gambar tunggal  

(Lampiran 4)

Lembaran kerja teknik jadual
(Lampiran 5)

Langkah 5
Penutup
( 3 minit )

Nyanyian lagu Pengakap Muda
1. Guru meminta murid hantar buku dan seterusnya dan yang belum siap hendaklah siapkan di rumah.
2. Menyanyikan semula lagu Pengakap Muda

1.Murid menyanyi semula lagu Pengakap Muda.

Strategi:
-Kelas

Sumber Pengajaran:
-  Slaid lagu

Friday 27 April 2012

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran


Sunday 8 April 2012

Kesinambungan tajuk sebelumnya

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.




Jawapan



























Gambar di bawah menunjukkan suasana di kedai buku.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.





Jawapan






















Gambar di bawah menunjukkan satu pertandingan badminton.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.

Jawapan





















Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.





Jawapan
























Friday 6 April 2012

Tutorial 7 & 8 April 2012

Assalamualaikum, Group Johor 01 dan 02,
Kembali semula bertutorial dan menduduki ujian. Semoga semuanya berjaya!

Wednesday 4 April 2012

Pengenalan Penulisan A

PENGENALAN

Ø  Bahasa Melayu Kertas 2  (012) dalam bentuk ujian subjektif.

Ø  Terdapat lima soalan yang akan  dikemukakan kepada calon iaitu Bahagian A (1 soalan), Bahagian B (3 soalan) dan Bahagian C (1 soalan)

Ø  Calon hanya perlu menjawab 3 soalan sahaja iaitu setiap bahagian 1 soalan sahaja .

Ø  Sebanyak 60 markah diperuntukkan iaitu Bahagian A (10 markah), Bahagian B (30 markah) dan Bahagian C (20 markah).
Ø  Jenis item yang diuji ialah dalam bentuk respon terhad bagi bahagian A dan C, manakala respon terbuka untuk Bahagian B.

Ø  Pemarkahan secara holistik berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

BAHAGIAN  A

Ø  Gambar terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, pelan, kitaran dan peta.
Ø  Calon perlu meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø  Bina ayat dengan menggunakan nombor.
Ø  Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.
Ø  Markah yang diperuntukkan ialah 15 markah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.

Langkah 1: Memahami  dan meneliti gambar

Ø  Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø  Rangka idea seperti siapa / apa / di mana /bila / mengapa berdasarkan gmbar.


Langkah 2: Baca dan cari kunci soalan

Ø  Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.
Ø  Kunci soalan bagi soalan perbincangan ini ialah sama ada tentang aktiviti, tentang gambar atau tentang situasi.
Oleh itu, ayat yang dibina mestilah mengandungi kata kerja dan merujuk maklumat yang terdapat dalam gambar.




Langkah 3: Bina rangka ayat.

Ø  Tulis perkataan yang sesuai tentang gambar 
Ø  Digalakkan calon menulis pada gambar berkenaan agar tidak terpesong atau idea berulang.
Contoh:  1. tiga murid – menyapu sampah
               2. murid   - menyusun hadiah
               3. guru lelaki – menggantung kain rentang
               4. guru lelaki – mengangkat rostrum
               5. murid lelaki – menyusun sofa

Langkah 4: Bina lima ayat lengkap

Ø  Tulis lima ayat sahaja berdasarkan rangka ayat.
Ø  Setiap ayat dicadangkan mempunyai nombor.
* Jumlah kesemua ayay yang dibina digalakkan lebih daripada 30 patah perkataan.
   Murid menulis ayat lengkap dan bukan ayat mudah.

Jawapan contoh:

1.     Tiga orang murid lelaki sedang menyapu sampah di dalam dewan supaya kelihatan bersih dan cantik.
2.     Beberapa orang murid perempuan sedang membantu seorang guru perempuan menyusun hadiah di atas meja.
3.     Beberapa orang guru lelaki bekerjasama menggantung kain rentang pada dinding dewan.
4.     Dua orang guru lelaki sedang mengangkat rostrum ke atas pentas untuk digunakan semasa sesi ucapan nanti.
5.     Dua orang murid lelaki membantu seorang guru menyusun sofa di bawah pentas.


Langkah 5: Menyemak

Ø  Selepas menulis jawapan, semak struktur  ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.
Ø  Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar.
Ø  Pastikan membina ayat gramatis.  

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.

Jawapan contoh:


1
Tiga orang murid lelaki sedang menyapu sampah di dalam dewan supaya kelihatan bersih dan cantik.

2
Beberapa orang murid perempuan sedang membantu seorang guru perempuan menyusun hadiah di atas meja.

3
Beberapa orang guru lelaki bekerjasama menggantung kain rentang pada dinding dewan.

4
Dua orang guru lelaki sedang mengangkat rostrum ke atas pentas untuk digunakan semasa sesi ucapan nanti.

5
Dua orang murid lelaki membantu seorang guru menyusun sofa di bawah pentas.

 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Jawapan























 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah. SJK/05

Jawapan