Thursday, 3 May 2012
Wednesday, 2 May 2012
Tuesday, 1 May 2012
Rancangan Pengajaran & Pembelajaran
Rancangan Pengajaran Makro
Fasa | Isi kandungan | Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi Mencungkil Idea (3 minit) | Hari Unit Unifom dan nyanyian Lagu Pengakap Muda | 1. Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar hari unit unifom dan menyanyi lagu Pengakap Muda..2.Cungkil idea muridtentang lagu-lagu lain unit unifom.3. Cungkil idea murid tentang pengalaman meeka menyanyikan lagu-lau unit unifom masing-masing | Memberi respon terhadap pertanyaan guru. | Teknik:Konstruktivism-Penyoalan seluruh kelas menggunakan lagu. Sumber Pengajaran: -Slaid lagu Pengakap Muda (Lampiran 1) |
Langkah 1 (7 minit ) Aktiviti kumpulan Menyusun puzzle | Mencantum puzzle menjadi gambar aktiviti perkhemahan | 1.Menyuruh murid duduk dalam kumpulan (4 kumpulan)2. Guru mengedarkan bahan-bahan puzzle, kertas lukisan, gam sampul surat berisis puzzle.3. Guru memberikan peneranagan dan arahan. | 1. Murid bergerak dalam kumpulan masing-masing.2.Murid menerima bahan – bahan guru. 3. Murid melakukan aktiviti cantum puzzle.. | Strategi/Teknik- Aktiviti berkmumpulanSikap saintifik dan nilai murni:-Melibatkan diri dalam aktiviti kerja berkumpulan- Bekerjasama Sumber Pengajaran: -Kertas lukisan, gam, sampul surat berisi puzzle |
Langkah 2 ( 7 minit ) Applikasi idea | Frasa ayat aktiviti dan ayat majmuk | 1. Guru meminta ketua kumpulan secara bergilir-gilir menunjukkan kepada rakan dan guru menunjukkan gambar sebenar pada slaid. 2. Guru meminta murid membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung bagi setiap gambar | 1. Semua ketua kumpulan menayangkan gambar dan menyatakan aktiviti bagi gambar mereka.2. Murid membina ayat majmuk bagi gambar-gambar pada slaid. | Lisan Menyebut frasa ayat dan membina ayat majmukSumber Pengajaran:Bahan Slaid gambar aktiviti perkhemahan(Lampiran 2) |
Langkah 3 (2 minit) | -Menyenaraikan kata hubung-Gambar slaid aktiviti perkhemahan | 1.Guru meminta murid menyenaraikan kata hubung yang telah dipelajari.2.Guru menayangkan slaid contoh kata hubung yang disebut oleh murid.3.Guru menunjukkan slaid gambar perkhemahan perkhemahan pengakap dan bersoal jawab tentang 1 aktiviti dalam gambar. | 1. Murid menyenaraikan kata hubung.2.Murid menyatakan frasa kerja bagi aktiviti dan membina contoh ayat majmuk dari 1 gambar | Strategi :Penyoalan seluruh kelasSumber pengajaran: - Slaid kata hubung Lampiran 3-Slaid gambar tunggal perkhemahan (Lampiran 3) |
Langkah 4 (8 minit) Latihan pengukuhan / pemulihan | Lembaran kerja | 1.Guru mengedarkan lembaran kerja: Gambar perkhemahan- untuk semua murid Lembaran jadual ayat untuk kumpulan 2 -Kumpulan 1 membina ayat di dalam buku penulisan A -Kumpulan 2 melengkapkan setiap bahagian tempat kosong dalam jadual. 2. Guru meminta murid membuat latihan . 3. Guru menyuruh murid yang sudah ada idea untuk membina ayat-ayat dalam gambar membacakan ayat mereka. 4. Guru menyemak latihan murid. Debriefing Murid yang telah beransur maju diminta membaca ayat mereka,. Murid lain isi jawapan dalam kotak jadual | 1. Murid membuat latihan bertulis. 2. Murid membacakan ayat majmuk bagi setiap gambar. 3. Murid menyudahkan latihan. Aktiviti pemulihan Kumpulan 2 membina ayat majmuk menggunakan teknik jadual. | Lisan dan bertulis Sumber pengajaran: Lembaran kerja. 1 keping gambar tunggal (Lampiran 4) Lembaran kerja teknik jadual (Lampiran 5) |
Langkah 5 Penutup ( 3 minit ) | Nyanyian lagu Pengakap Muda | 1. Guru meminta murid hantar buku dan seterusnya dan yang belum siap hendaklah siapkan di rumah. 2. Menyanyikan semula lagu Pengakap Muda | 1.Murid menyanyi semula lagu Pengakap Muda. | Strategi: -Kelas Sumber Pengajaran: - Slaid lagu |
Friday, 27 April 2012
Sunday, 8 April 2012
Kesinambungan tajuk sebelumnya
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
Gambar di bawah menunjukkan suasana di kedai buku.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Jawapan
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Gambar di bawah menunjukkan suasana di kedai buku.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Jawapan
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Gambar di bawah menunjukkan satu pertandingan badminton.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Jawapan
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Jawapan
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Friday, 6 April 2012
Tutorial 7 & 8 April 2012
Assalamualaikum, Group Johor 01 dan 02,
Kembali semula bertutorial dan menduduki ujian. Semoga semuanya berjaya!
Kembali semula bertutorial dan menduduki ujian. Semoga semuanya berjaya!
Wednesday, 4 April 2012
Pengenalan Penulisan A
PENGENALAN
Ø Bahasa Melayu Kertas 2 (012) dalam bentuk ujian subjektif.
Ø Terdapat lima soalan yang akan dikemukakan kepada calon iaitu Bahagian A (1 soalan), Bahagian B (3 soalan) dan Bahagian C (1 soalan)
Ø Calon hanya perlu menjawab 3 soalan sahaja iaitu setiap bahagian 1 soalan sahaja .
Ø Sebanyak 60 markah diperuntukkan iaitu Bahagian A (10 markah), Bahagian B (30 markah) dan Bahagian C (20 markah).
Ø Jenis item yang diuji ialah dalam bentuk respon terhad bagi bahagian A dan C, manakala respon terbuka untuk Bahagian B.
Ø Pemarkahan secara holistik berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.
BAHAGIAN A
Ø Gambar terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, pelan, kitaran dan peta.
Ø Calon perlu meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø Bina ayat dengan menggunakan nombor.
Ø Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.
Ø Markah yang diperuntukkan ialah 15 markah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Langkah 1: Memahami dan meneliti gambar
Ø Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø Rangka idea seperti siapa / apa / di mana /bila / mengapa berdasarkan gmbar.
Langkah 2: Baca dan cari kunci soalan
Ø Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.
Ø Kunci soalan bagi soalan perbincangan ini ialah sama ada tentang aktiviti, tentang gambar atau tentang situasi.
Oleh itu, ayat yang dibina mestilah mengandungi kata kerja dan merujuk maklumat yang terdapat dalam gambar.
Langkah 3: Bina rangka ayat.
Ø Tulis perkataan yang sesuai tentang gambar
Ø Digalakkan calon menulis pada gambar berkenaan agar tidak terpesong atau idea berulang.
Contoh: 1. tiga murid – menyapu sampah
2. murid - menyusun hadiah
3. guru lelaki – menggantung kain rentang
4. guru lelaki – mengangkat rostrum
5. murid lelaki – menyusun sofa
Langkah 4: Bina lima ayat lengkap
Ø Tulis lima ayat sahaja berdasarkan rangka ayat.
Ø Setiap ayat dicadangkan mempunyai nombor.
* Jumlah kesemua ayay yang dibina digalakkan lebih daripada 30 patah perkataan.
Murid menulis ayat lengkap dan bukan ayat mudah.
Jawapan contoh:
1. Tiga orang murid lelaki sedang menyapu sampah di dalam dewan supaya kelihatan bersih dan cantik.
2. Beberapa orang murid perempuan sedang membantu seorang guru perempuan menyusun hadiah di atas meja.
3. Beberapa orang guru lelaki bekerjasama menggantung kain rentang pada dinding dewan.
4. Dua orang guru lelaki sedang mengangkat rostrum ke atas pentas untuk digunakan semasa sesi ucapan nanti.
5. Dua orang murid lelaki membantu seorang guru menyusun sofa di bawah pentas.
Langkah 5: Menyemak
Ø Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.
Ø Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar.
Ø Pastikan membina ayat gramatis.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Jawapan contoh:
1 | Tiga orang murid lelaki sedang menyapu sampah di dalam dewan supaya kelihatan bersih dan cantik. |
2 | Beberapa orang murid perempuan sedang membantu seorang guru perempuan menyusun hadiah di atas meja. |
3 | Beberapa orang guru lelaki bekerjasama menggantung kain rentang pada dinding dewan. |
4 | Dua orang guru lelaki sedang mengangkat rostrum ke atas pentas untuk digunakan semasa sesi ucapan nanti. |
5 | Dua orang murid lelaki membantu seorang guru menyusun sofa di bawah pentas. |
Jawapan
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Jawapan
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Subscribe to:
Posts (Atom)